haiwan paling berbisa di dunia
Friday, September 18, 2009
Salam 1 Malaysia. Dalam ‘post’ kali ni aku nak ‘story’ sikit pasal alam haiwan yang aku baca kat internet. Aku harap selain dapat menambah ilmu dapat jugak kita jadikan sebagai perisai. Mana tahukan, satu hari nanti kita terjumpa haiwan ni, dapat lah kita elak dari mara bahaya:
STONE FISH
Dalam bahasa Melayunye kita panggil ‘ikan batu’. Ye la sesuai dengan rupanya macam batu. Panjang ikan ni sekitar 30cm. Dia ni kerja suka main sembunyi – sembunyi. Tempat yang dia suka sembunyi tak lain tak bukan kat bawah terumbu karang. Bila dia sembunyi kat situ, sebijik macam batu karang. Tak bergerak langsung. Jik tak berhati – hati ‘celaka’ la jawabnye.
Dekat dengan ekornya ada 12-14 batang duri yang tajam seperti jarum. Setakat kasut atau sut penyelam, senang – senang je boleh tembus. Fuh! Kalau itu terjadi, aduh! Orang yang pernah kena je yang tahu betapa sakitnya. Sebabnya kat duri tu ada racun yang boleh menyebabkan kematian.
KATAK BERACUN
Haiwan yang satu ni memang bersepah kita jumpa. Kadang – kadang waktu pagi bila kita nak pakai kasut, ada pulak dia bertenggek dalam kasut tu. Tapi tak pe, biasanya yang dalam kasut tu katakne menggerutu. Katak yang aku nak cerita ni badannya licin, macam ‘katak kencing’ . Ok katak yang dalam gambar ni tempat yang beracun adalah kat kulitnya. Kulitnya banyak kelenjar yang boleh keluarkan bendalir melekit untuk membasahi kulitnya. Tujuannya untuk jadi perisai pada diri dia. Bendalir ni cukup beracun. Selain kita, dia tak ada musuh lain. Racun yang dikeluarkan dari katak Columbia barat, Amerika Selatan, adalah racun yang paling hebat pernah direkodkan di dunia, hanya dengan 1/100 000 dari 1g racunnya sudah cukup mengakibatkan seorang mati keracunan. Dahsyatnyeee!!!
FUNNEL WEBSPIDER
Labah – labah ni merupakan labah – labah paling berbisa di Australia. Satu – satunya labah – labah yang hebat dalam bab mematikan lawannya di dunia. Kerjanya memang suka berkelahi, jika kita kena gigitannya, dalam masa 15 minit boleh mati.
RED BLACK SPIDER
Selain dari funnel wb spider yang aku cerita kat atas tadi, satu lagi labah – labah yang tak kurang bahayanye adalah red blak spider atau orang panggil black widow. Jika tergigit olehnya, mula – mula mangsa tak rasa apa – apa, namun 5 minit kemudian mula la badan rasa panas dan sakit. Jika tak dibagi rawatan segera boleh mengakibatkan kematian. Jadi dengan sifatnye yang demikian, maka selalunya kita dengar istilah ni digunakan pada janda – janda yang bersifat baik diluar tapi perosak disebaliknye. Namun aku yakin 100% janda – janda kat Malaysia tak macam tu. Ni berdasarkan pengalaman aku kenal dengan janda.
BLUE RING OCTOPUS
Binatang ni dan obor – obor bentuk kotak adalah 2 jenis binatang yang paling berbisa dan beracun. Cairan racun dalam tubuhnya dapat menyebabkan kematian dalam beberapa minit. Setakat hari ni belum ada serum yang boleh melawan bias racun binatang ni. Blue Ring Octopus ni sifatnya adalah pemalu, suka bersembunyi di bawah batuan karang, malam hari barulah dia keluar dari sarangnya dan mencari mangsa. Jadi berhati – hati dengan orang yang pemalu dan pendiam, sekali dia tunjuk taring, tak cukup tanah ngkorang lari. Tak caya, cuba ngkorang kacau orang yang pendiam.
KOMODO
Bentuknya macam biawak, cicak pun ia jugak. Memang ia pun, sebab dia ni keluarga cicak jugak. Dia ni nama glamournya naga komodo, panjangnye boleh capai 3meter. Tapi biasa yang dijumpai hanya sepanjang sekitar 2m je. Dalam keadaan perut kosong beratnye boleh mencapai 54kg. Selepas makan bertambah jadi 80kg. Bahagian yang paling beracun adalah kat air liurnye. Bakteria yang ada pada air liurnya boleh membunuh kita dalam amsa 24jam kalau tak dirawat.
COBRA
Ular kobra atau kita panggil ular senduk ni memang tak boleh dikacau. Pantang sapa kacau tempat dia naya la jawabnye. Bila dia mengamuk badannya akan berdiri tegak dan kepalanye akan mengembang macam senduk. Kalau kena patuk, aduh! Cepat mintak bantuan, kalau tidak segala sendi akan jadi kejang dan kita boleh kena serangan jantung.
ULAR LAUT
Namanye ular laut, jadi tempatnye kat lautlah. Lautan Australia merupakan tempat dia. Ular ni ada moncong yang besar dan batang tubuhnye licin bersisik, hujung belakang dan sisi ekornya pipih. Sifat racunnya fuyyo! Lebih hebat dari ular senduk, jika kena gigitannye, dalam masa 10 minit bias mati. Ular ni hidup sama tempat dengan obor – obor kotak (Box Jelly Fish)
BOX JELLY FISH
Di Indonesia disebut jugak tawon laut. Dalam bahasa Jawa tawon tu maknanye lebah. Dia ni tergolong dalam binatang rongga (coelentera). Tempat hidupnya kat Australia sama tempat dengan ular laut. Biasa dijumpai kat laut Queensland, dan dianggap makhluk paling beracun bagi kita. Jika kena gigitannya, masyaAllah kiraan kematian bagi kita bukan dikira dengan minit, dalam beberapa saat je bisa maut. Jadi dengan itu dia adalah king of the binatang beracun. Bersyukurlah kita tak duduk kat Queensland.
Untuk yang membaca post ni so korang hati - hatilah ye. Segala ciptaan Allah ada fungsi di antara satu sama lain. Wallahua'lam



0 comments:
Post a Comment