Fenomena kembar siam
Saturday, September 19, 2009
Salam 1 Malaysia,
Untuk ‘post’ kali ni aku nak cerita pulak kebesaran Allah SWT yang bisa menjadikan apa saje mengikut kekuasaannya. Semua yang dipaparkan kat sini insyaAllah dapat menyedarkan aku dan ngkorang semua betapa patutnya kita bersyukur atas apa yang telah dikurniakan pada kita selama ni.
Tak perlulah kita nak cuba pakai botox la, plastic surgery la atau apa je yang boleh merubah kejadianNya. Apa yang dah dibagi kat kita kira ok la dibandingkan dengan makhluknya yang akan aku ceritakan kat bawah ni.
‘Kembar siam’, tentu ngkorang semua dah pernah dengar benda ni atau ngkorang pernah nampak dengan mata kepala ngkorang sendiri.
Dalam sains diceritakan terbentuknya kembar siam ni hasil dari embrio yang masuk ke rahim ibu. Sekiranya satu embrio terbahagi secara lengkap maka anak yang terhasil adalah kembar seiras. Tapi kadangkala dengan kebesaranNya, pembahagian embrio ni berlaku dengan tak sempurna. Dua embrio yang berebut – rebut nak kan tempat kat dalam rahim tu akan melekat pada bahagian tertentu. Dalam keadaan ini, kedua – dua embrio akan membentuk dua fetus yang masih terlekat pada bahagian kepala, dada, punggung ataupun kat mana – mana bahagian badan. Anak kembar ni yang kita panggil kembar siam. Biasanya kembar siam dikeluarkan dari uterus ibu melalui pembedahan. Ada kembar siam ni yang berkongsi satu jantung, otak, atau organ lain. Dalam kes – kes tertentu, kembar siam ni boleh dibedah, tapi risikonya tinggi.
Ngkorang tengokla sendiri gambar kembar siam yang aku ambik kat banyak sumber di internet;



banyak lagi gambar yang ada dalam simpanan aku. tak pe la lain kali aku upload. semua gambar yang aku post ni untuk kita renungi dan fahami maksud positif yang tersirat disebalik yang berlaku. Wallahua'lam.



0 comments:
Post a Comment