aku dan blog
Thursday, September 17, 2009
Salam semua, untuk kesekian kalinya aku menulis lagi dalam blog aku yang masih banyak kekurangan. Maklumlah aku buat blog ni ikut pemahaman aku berdasarkan ilmu yang dititipkan oleh blogger yang arif dalam internet. Terlebih dulu aku nak ucapkan terima kasih bebanyak pada blogger yang sudi berkongsi ilmu. Maklumlah dalam zaman moden ni sukar nak cari orang yang mahu berkongsi ilmu dengan kita. Jenuh juga aku bodek kekawan yang pandai buat blog. Hasilnya menyakitkan hati je.
Akhirnya beruntung jugak aku yang dilahirkan dengan sikap keras hati (jenis apa yang aku nak mesti dapat), positifnya aku berjaya jugak buat blog ni. Sekarang ni aku masih dalam proses belajar dari kesilapan. Hari ke hari aku cuba untuk memperelokkan blog aku. Selain dari penampilan ‘template’ yang sedap mata memandang, aku jugak cuba mempelbagaikan ‘post’ aku. Aku tak mahu terikat dengan satu subjek je. Selagi aku mampu korek apa yang ada dalam alam maya internet ni aku akan korek dan masukkan dalam blog aku dengan sedikit ubahsuai (kalau tak melibatkan fakta).
Engkorang nak tau tak, masa mula – mula buat blog ni, pecah jugak kepala aku macam mana nak buat blog aku ni masuk dalam ‘search engine’. Hari pertama aku upload berjaya. Bila hari ke dua aku cuba buka guna ‘google’ haram tak nampak batang hidung. Kelam kabut jugak dibuatnya. Macam – macam cara aku cuba, hasilnya ‘nol’. Akhirnya aku Tanya kawan lama aku kat BatangKali (Rosli) jawabnya mudah je, blog aku tu masih baru, perlu masa untuk ‘spider’ mencari blog aku.
Orang kata kalau belajar tanpa guru sesat jadinya. Itulah yang jadi pada aku. Last sekali aku selongkar segala khazanah ilmu dalam internet. Baik yang dalam negeri mahupun yang luar negeri. Banyak blog yang aku jumpa memaparkan ilmu untuk blogger yang baru macam aku. Selain aku baca dan praktiskan ilmu tu, aku jugak gunakan ‘shout’ dan email untuk berinteraksi dengan blogger dalam dan luar negeri. Terima kasih la kat korang yang sudi kongsi ilmu.
Hasilnya dalam masa 4 hari aku buat apa yang disuruh oleh blogger yang pakar, dapat jugak ‘search engine’ cari blog aku. Kini blog aku dah ok dan senang dicari. Cuma sekarang ni aku tengah proses belajar memahami ‘java script’dan ntah apa - apa lagi. Benda ni penting betul untuk kita faham pasal blog kita. So, aku mintak maaf bebanyak la kat korang yang masuk blog aku ni kalau tak puas hati dengan penampilannya.
InsyaAllah, aku harap dari hari ke hari makin okay kut blog aku. So jangan boring ikuti perkembangan blog aku nie. Wallahua’lam.
Selamat mengeblog.



0 comments:
Post a Comment