blog suami isteri:

blog sk gedangsa

;

family aku:

;
http://www.emailcashpro.com

ORANG TAHU KE SUSAH KITA?

Thursday, October 8, 2009



SALAM MESRA BUAT GURU,

sebelum aku meneruskan menulis terlebih dulu aku nak bagi tabik hormat pada Cikgu Rozilah Abdullah, 37, guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Mahkota atas keberaniannya mengambil tindakan saman terhadap pengetuanya.

di sini aku bukan nak cerita siapa benar dan siapa salah dalam hal diorang berdua, cuma aku nak berkongsi dengan kekawan susah senang hidup memegang title sebagai guru.

ramai di antara kita samada dalam dunia pendidikan mahupun masyarakat luar yang memandang remeh kerja sebagai guru.

nak bukti, mudah je, cuba kekawan selak balik laporan - laporan media massa sebelum ni. andai ada kes guru cubit murid maka berita tu akan diperbesarkan dan di letak di muka hadapan. andai ada guru yang melakukan kesilapan maka itulah yang akan dijadikan tajuk utama. bukan itu saja, esok, lusa dan seterusnya berita itu akan diulas oleh pelbagai pehak. pihak wartawan pula sewaktu menulis, selalunya menggunakan ayat yang menggambarkan seolah - olah guru itu memang bersalah. apabila didapati guru itu tak bersalah, ada akhbar nak buat laporan. he he he! setakat ni aku tak baca benda ni.

bagi anak - anak didik yang bercita - cita jadi cikgu, fikir 10x hasrat anda tu. kalau benar sungguh bagai dikata dan tak boleh nak sorong tarik lagi hasrat hati tu, kat sini aku nak berpesan siapkan mental secukupnya. dalam kajian telah dinyatakan guru merupakan golongan berisiko tinggi untuk mendapat sakit mental.

kerja cikgu ni bukan setakat ngajar je, guru merupakan tukang kebun, guru juga merupakan juru latih, guru juga pengadil, guru juga menteri sukan, guru juga pakar motivasi, guru juga peguam, guru juga polis, guru juga jpj, guru juga mekanik, guru juga kerani, guru juga merinyu kesihatan, guru juga nurse, guru juga doktor, guru pakar it, guru juga segala - galanya. tak percaya? he he he he he he he! masuklah jadi cikgu kalau nak tahu langit tu tinggi ke rendah!

0 comments:

Post a Comment

"Magical Template" designed by Blogger Buster