blog suami isteri:

blog sk gedangsa

;

family aku:

;
http://www.emailcashpro.com

sebat

Friday, September 25, 2009

salam raya,
pagi tadi aku ada cerita pasal kes khalwat yang tragis. kesian kat lakinya. harap - harap tak jadi pada kita. Bentengkanlah keluarga kita dengan perkara yang macam tu.
Dalam post kali ni aku nak cerita jugak pasal hal suami isteri. Cuma ceritanya pasal arak la pulak.

kartika dan suami (harianmetro)


Si isteri ditangkap minum arak. mahkamah jatuh hukum denda dan sebat. Kecoh orang politik pasal hal ni. tuan punya badan terima hukuman dengan hati terbuka, sipejuang wanita (kononnya) bagi la komen konon tak setuju hukuman tu. Main belasah je cakap. tanya la pada yang pakar dulu baru la bagi komen.
Hari ni keluar lagi cerita pasal kes ni dalm harian metro. sipeguam mintak laporan lengkap pasal prosiding dari mula sampaila jatuh hukum. sipeguam jugak minta ahli politik jangan campur tangan dalam hal ni. Elok la tu, harap lepas ni tak de la lagi hero politik nak berkokok jadi jaguh.
Dalam kecoh - kecoh pasal cerita ni, tadi aku dapat e-mail dari member group alumni pasal pelaksanaan hukuman sebat. Siap bagi perbezaan antara hukuman sivil dengan cara islam. ngkorang baca la sendiri dan nilaikan;
Maklumat Ringkas:
SEBAT CARA ISLAM




1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.
SEBAT CARA SIVIL:




1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.
terima kasih kepada member yang sudi berkongsi ilmu. kini segalanya aku serahkan kat kekawan. yang mana baik, yang mana sebaliknya. wallahua'lam.
Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 6 yang Tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

0 comments:

Post a Comment

"Magical Template" designed by Blogger Buster