ni la kerja cikgu
Wednesday, September 30, 2009
orang kata kerja cikgu tu senang. pergi sekolah ngajar lepas tu pukul 2.00 balik. petang dah tak de kerja. time cuti sekolah cikgu yang paling seronok. yelah dapat cuti juga. kalau cuti 2 minggu maka lama tu juga lah cikgu cuti. hai seronok betul jadi cikgu.
menyirap juga darah bila dengar statement yang macam ni. tau ke diorang yang kerja cikgu ni bukan setakat ngajar dalam kelas je. macam - macam kerja yang kena buat. jadi akauntan, jadi jurulatih, jadi tukang kebun, jadi doktor, jadi kaunselor, dan macam - macam jadi lagi. itu belum lagi pergi kursus sana - sini. balik kursus kena bagi kursus pada kekawan atau murid pula.
itu belum kira kelas tambahan yang dibuat siang dan malam. time cuti sekolah orang lain sebok bercuti ada cikgu yang sebok dengan anak murid yang nak ambik periksa upsr, pmr, spm dan stp.
tapi itu semua tak kesahlah, yang penting aku happy jadi cikgu. anak - anak murid dan bekas anak murid aku pun happy ngan aku (perasan). seronok dan kepuasan yang tak terhingga bila lihat anak murid jadi 'orang'.
hari ni sekolah kebangsaan gedangsa (sekolah aku) buat kem kursus kepimpinan. penat gila dibuatnya. ye la nak bercakap dengan 100 orang murid yang bermacam - macam kepala, mau tak letih!
camne pun aku tak de masalah. orang kata alah bisa tegal biasa. ye lah dah 20 tahun bagi ceramah sana - sini baik dalam bidang motivasi mahupun matematik. cuma hari ni penat sikit sebab lepas upsr lama gak aku berehat dari bagi ceramah. tak la macam sebelum upsr hari tu, memang tiap minggu ke hulu ke hilir bagi ceramah.
tak pe la, penat belakang kira yang penting inilah salah satu cara aku boleh sampaikan ilmu yang tuhan bagi kat aku. moga ilmu yang tak seberapa tu dapat diguna pakai oleh anak - anak murid aku. insyaAllah.



0 comments:
Post a Comment