blog suami isteri:

blog sk gedangsa

;

family aku:

;
http://www.emailcashpro.com

manusia ego3

Sunday, September 27, 2009


masih lagi cerita pasal negara seberang yang serumpun dengan kita. artikel yang dipetik dari mingguan malaysia mengatakan masih ramai rakyat dari seberang yang ingin jadi amah di malaysia. Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA), Zulkepley Dahalan berkata,terdapat lebih 4,000 wanita Indonesia telah mendaftar dengan agensi-agensi pekerjaan negara mereka untuk mendapatkan peluang bekerja sebagai pembantu rumah di sini. ia sekali gus membuktikan provokasi media republik itu yang mencemarkan imej negara ini tidak menghalang rakyatnya mencari rezeki di sini.'waduh, kok koyo ngono to?'

hari tu yo yo oo! nak hapuskan orang malaysia. kata kita merompak harta diorang, kata kita bangsa tak guna, hari ni lain pulak ceritanya. untuk kita orang malaysia, terutamanya kekawan yang berada dalam tampuk pemerintahan dan yang punya kuasa, 'bawaklah' ramai lagi orang - orang tu kat negara kita. biar penuh dataran merdeka tu dengan diorang je. idakpun bila time cuti bolehlah diorang bersidai kat menara kl.
tolonglah! sudah - sudah tu bagi muka kat diorang. sampai bila kita asyik nak beralah. lagipun diorang sendiri yang menghalang rakyat diorang untuk jadi amah kat malaysia, takkan kita yang terhegeh - hegeh minta diorang datang sini atas alasan untuk kebaikan kedua - dua belah negara. Bang, kebaikan kedua - dua buah negara atau agensi abang?

kekawan yang jadi pemimpin takkan tak boleh fikir cara lain untuk dapatkan pekerja untuk ganti orang sana? janganlah asyik main politik je. tanggungjawab abang tu tengok - tengoklah, kalau tak larat letak jawatan, ganti orang lain.
kekawan tengoklah sendiri gambar - gambar yang aku sedut dari beberapa laman. apa perasaan? masin? manis?

masih nak bagi muka lagi ke? aku cakap benda ni bukan nak cari gaduh. kalau gaduhpun tak guna, aku juga yang kalah! cuma aku nak minta pemahaman kekawan atas isu indonesia dan malaysia ni. walaubagaimanapun untuk kedua - dua belah pihak , carilah jalan penyelesaian. berikan pemahaman sejelas - jelasnya kepada rakyat bahawa kita ini sedarah. maksudnya darah kita sama merah. kita hamba pada yang SATU. wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment

"Magical Template" designed by Blogger Buster