KITA JUGA MANUSIA SEPERTI MANUSIA2 LAIN
Tuesday, September 15, 2009

“Wah! Punut anak si Pandir tu masuk Universiti la.” “ Min, Aman dapat 5A la!”, dan macam – macam lagi perbualan yang selalu kita dengar baik di rumah, di sekolah, di tempat kerja atau di kedai – kedai kopi. Waktu itu pasti ada di antara kita yang bercakap dengan diri sendiri, untungnya la mereka di anugerahkan akal yang hebat.
Namun pernahkah terlintas dalam hati kita, kita juga seperti mereka, punya akal untuk berfikir. Pernahkah kita terfikir kita juga adalah insan cemerlang seperti mereka? Dari berjuta – juta sperma yang berlumba – lumba untuk masuk ke rahim ibu, kita yang terpilih. Ini menunjukkan kita adalah insan yang hebat. Namun mengapa kita tak seperti mereka yang hebat?
Sebenarnya kita adalah apa yang kita fikirkan. Tetapkan dalam diri apa yang ingin kita capai.
Aku mahu……………….
Apabila kita sudah meletakkan sasaran apa yang ingin kita capai, sewajibnya kita berusaha menuju ke arah ‘target’ kita. Contohnya jika selama ini terlalu sukar untuk kita menjadi 10 yang terbaik di dalam kelas, cabar diri untuk merubah situasi itu. Fikirkan apa yang anda lakukan sebelum ini yang membuat anda sukar untuk mencapai matlamat itu. Mungkin sebelum ini anda Cuma ‘study’ dalam 2jam sehari, ubah menjadi 3 jam. Jika selama ini ‘homework’ adalah satu beban, tukarlah ia menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Jika selama ini anda tidak menumpukan perhatian di dalam kelas, buang tabiat buruk itu. Anda mampu jika anda mahu.
Orang lain boleh…………….
Lihat rakan yang telah berjaya. Kalau dia boleh kita juga boleh. “ Tengoklah nanti, ngko ingat ngo je boleh, aku pun boleh”. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain, adalah baik jika kita manfaatkan dengan jalan yang positif. Cabar diri kita untuk menunjukkan kepada mereka bahawa kita bukan lemah seperti yang disangka
Cukuplah………………
“Akhirnya dapat juga aku nombor 10”. Ini kata – kata orang yang tak mahu merubah dirinya menjadi lebih baik. Hindarkan kata – kata ini dalam kamus diri anda. Ingatlah perjalanan hidup kita hanya ternoktah apabila nyawa dicabut dari badan. Selagi kita bernyawa, kita mampu untuk pergi lebih jauh. Bukan tamak, tapi rezeki Allah amat luas bagi hambanya yang berusaha.
Cerita pada hati………………….
Pernahkah kita bercakap sorang – sorang. Selagi kita boleh bercakap dengan diri kita sendiri maknanya kita belum gila. Untuk menggerakkan diri kita, sebenarnya hati dan fikiran memainkan peranan yang paling penting. Cuba soal diri kita,
Kenapa aku gagal?
Kenapa la aku tak macam dia?
Apalah malang nasib aku?
Setelah itu cuba cari jawapannya. Jawapan itulah sebenarnya kenderaan yang akan membawa kita ke arah yang lebih baik.
Aku adalah aku yang aku fikirkan…………….!!!!!!
Jadikan ini falsafah dan pegangan hidup kita. Selalu berfikiran positif dan bertanya kepada diri. Aku yakin aku mampu. Aku boleh buat. Aku boleh jadi orang cemerlang. Aku akan jadi lebih baik. Gerakkan diri untuk mencari kelemahan diri dan gunakan kelemahan ini untuk menjadi orang yang lebih baik.
INGAT!!! Orang lain boleh kita juga boleh. Rezeki ketentuan Allah SWT kepada hambanya yang mahu berusaha dan tidak putus asa. Wallahua’lam.
Kisah teladan:
Seorang hamba berdoa untuk mendapat bunga yang cantik untuk menarik rama – rama. Allah memberikannya kaktus yang berduri. Terdetik dalam fikirannya, mengapa Allah tidak menunaikan doanya. Selang beberapa lama, kaktus itu mengeluarkan bunga yang cantik. Maka banyaklah rama – rama yang hinggap.
Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, oleh itu jangan berhenti berdoa dan berserah padanya disamping kita berusaha ke arah yang kita inginkan. Wallahua’lam.



0 comments:
Post a Comment