hebatnya ibrahim ali
Monday, September 28, 2009

salam raya kekawan,
hari ni kalau kekawan selak akhbar sinar harian maka terpampang la cerita pasal ibrahim ali bagi 10 sebab kenapa nik aziz perlu letak jawatan. antara sebab - sebabnya:
1)Nik Abdul Aziz terlalu lama memegang jawatan dalam Kerajaan Negeri dan menjadi pemimpin parti sehingga timbul dalam nalurinya mahukan semua benda adalah serba baru
2)faktor usia juga antara sebab mengapa pemimpin Pas itu seperti seorang nyanyuk apabila melihat orang lain selalu berbuat kesalahan tanpa usul periksa dan mudah menerima pakai laporan tanpa usul periksa.
3)Nik Abdul Aziz uzur dan sakit serta kerap keluar masuk hospital hingga tidak dapat menumpukan pada tugasnya sebagai Menteri Besar, melainkan asyik berceramah sehingga gagal menjadi pentadbir yang baik.
4)Sebab kelima katanya, pemimpin itu secara tidak sedar telah merosakkan imej Islam dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan mengelirukan termasuk cuba mengambil alih tugas malaikat dan tugas Allah untuk menentukan siapa yang akan masuk syurga dan neraka.
5)Dia (Nik Abdul Aziz) juga menentukan solat saya diterima Tuhan atau tidak. Sebagai pendakwah dia harus buat kebaikan, bukan menentukan hukum dan balasan yang tak terjangkau oleh manusia.
6)Sebab keenam, dia menjadi alat dan perkakas kepada parti DAP yang bertentangan dengan pelaksanaan hukum Allah, manakala ketujuh, turut menjadi alat kepada Pakatan Rakyat yang memecahbelahkan umat Melayu dan Islam
7)Sebab ketujuh katanya, ramai pemimpin Pas Kelantan dan Pusat mahukan beliau berundur daripada menjadi pentadbir dan pemimpin politik, tetapi tidak berani untuk bersuara.
8)Sebab kesembilan, Nik Abdul Aziz juga pemimpin yang mempunyai sikap riak dan takbur sehingga menganggap dirinya saja yang betul.
9)Sebab kesembilan, Nik Abdul Aziz juga pemimpin yang mempunyai sikap riak dan takbur sehingga menganggap dirinya saja yang betul.
itulah antara sebab yang ibrahim ali beri. kira hebatlah tuan ibrahim ali ni sampai boleh lihat kelemahan orang lain dengan begitu dalam sekali.
kekawan fikirlah adakah apa yang dinyatakan oleh tuan ibrahim ni betul atau salah. pendapat aku kebanyakan sebab yang diberi oleh tuan ibrahim ni kebanyakannya berdasarkan isu yang dikeluarkan oleh akhbar dan media massa.
10) dah lama pegang mb tapi tak de pembangunan dan rakyat kelantan cari kerja di negeri lain.
cuma pertanyaan aku, apakah tuan ibrahim ada berjumpa 'face to face' dengan tuan guru? apakah kenyataan tuan ibrahim lahir dari hati yang ikhlas tanpa sentimen politik? apakah tuan ibrahim sanggup telanjangkan orang di khalayak ramai tanpa fikir baik buruknya?
di sini bukan nak cari salah atau cari kelemahan, cuma hendaknya dalam berpolitik, keikhlasan letak di hadapan. menjadi jaguh boleh, tapi jaguh yang sebenar - benarnya jaguh itulah yang akan dikenang orang. jangan nanti kita tersandung jatuh orang ketawakan kita. semoga kekawan yang punya kuasa politik dilindungi dan dirahmatiNya. wallahua'lam.



0 comments:
Post a Comment