blog suami isteri:

blog sk gedangsa

;

family aku:

;
http://www.emailcashpro.com

alahai rasul melayu

Saturday, September 26, 2009



Salam raya,
2 post berturut – turut aku cerita pasal ‘kehebatan’ orang melayu. Pertamanya pasal kes suami sedia kek harijadi bini pulak berkhalwat. Keduanya pasal kartika dan arak. Hebat orang melayu ni. Kali ni aku nak cerita pasal rasul melayu la pulak. Setelah dikejar tak henti – henti akhirnya kena cekup jugak. Kelmarin dah jatuh hukum.
Hari ni dalam harian metro keluar lagi cerita pasal rasul melayu, kali ni pasal pengikutnya la pulak. ‘Bagus’ jugak pendapat sipengikut rasul melayu ni. Minum arak boleh dengan syarat hati mau baik. Ye ke?! Kalau macam tu kaya la sapa jual arak! Arak dah macam air mineral. Sapa – sapa pun boleh minum. Akal ada ka? Tak tau ke dalam arak tu ada benda yang boleh kontrol kepala otak! Sebelum minum memang la hati tu baik. Tapi lepas minum? Boleh guna ke otak tu untuk buat benda baik? Lu fikir la sendiri!
Dah habis fikir? Oklah kat sini aku nak masukkan satu petikan teladan yang aku ambik dari http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/himpunankisahteladan2.htm, buat menyokong pendapat aku arak tu kepala syaitan. Kekawan baca la sendiri, semoga aku dan kekawan dihindarkan dari perbuatan yang dilaknatiNya. Amin :
Arak punca kejahatan
Dosa manakah, minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.
Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik. Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut sahaja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamar tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya. Kerana itulah hindarilah khamar, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."

0 comments:

Post a Comment

"Magical Template" designed by Blogger Buster