abang meraung lihat adik diseret
Tuesday, September 22, 2009
abang yang sayu meratapi kehilangan adik tersayang
salam raya, berita ni aku petik dari http:kosmo.com.my:
sayu hati aku bila baca berita ni. tiap tahun ada je cerita pasal kemalangan tragis. semuanya disebabkan kita yang terlalu teruja dapat pegang stereng kereta. walau macam manapun, nak salahkan kita yang pegang stereng tak boleh juga, kadangkala kita berhati - hati, adalah pulak yang tunjuk hebat. cilok sana cilok sini. macam jalanraya bapak diorang yang punya. tapi tak pe lah aku paparkan berita ni supaya aku dan ngkorang semua lebih berhati - hati kat jalanraya. selamat hari raya
KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun meraung memanggil adiknya sambil mengejar sebuah kereta yang menyeret adiknya dalam kemalangan di Kampung Raja, Tepuh dekat sini semalam.
Insiden menyayat hati itu berlaku pada pukul 11 pagi ketika mangsa Cheku Mohd. Afiq Cheku Mazlan (gambar kecil), 5, dipimpin abangnya Cheku Idris menuju ke kedai runcit milik bapa saudaranya.
Bagaimanapun, Afiq tiba-tiba terlepas pegangan daripada abangnya menyebabkan dia dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta.
Idris yang melihat insiden itu terus mengejar kereta itu sambil meraung memanggil adiknya.
Selepas kira-kira 30 meter diseret, Afiq ditemui berlumuran darah dan Idris terus memangkunya dan tidak henti-henti memanggil adiknya yang sudah tidak bernyawa.



0 comments:
Post a Comment